
- JBS Sarawak
- Hits: 93
PROGRAM LITERASI KEWANGAN BELIA TAHUN 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 93
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 26 April 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Cawangan Sarikei telah melaksanakan Program Literasi Kewangan Belia Tahun 2025 Peringkat Bahagian Sarikei bertempat di Dewan Dragon Inn Hotel Sarikei. Program tersebut telah dihadiri seramai 85 orang golongan belia di Sarikei. Program tersebut terbahagi kepada dua sesi iaitu Sesi Ceramah: Asas Pengurusan Kewangan, Kepentingan Simpanan, dan Pelaburan Bijak dan Bengkel Praktikal dan Simulasi Kewangan. Penceramah dari Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Cawangan Sarikei iaitu Puan Dewi bt Samaya (Assistant Manager), Puan Istohayati bt Koloni (Ketua Unit Cawangan), Puan Nurzianah bt Raiee (Pegawai Operasi Cawangan) dan Puan Khairuneza Nur Alia bt Mohamad Kasim Retail Sales Advisor (RSA).
Program ini diwujudkan sebagai langkah membolehkan pengurusan kewangan dilakukan dengan baik khususnya di kalangan belia. Kurangnya literasi perancangan kewangan menyebabkan berlakunya kegagalan menguruskan sumber kewangan yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan rumah tangga, masalah kesihatan seperti gangguan psikologi dan gangguan emosi.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Cawangan Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d