
- JBS Sarawak
- Hits: 124
MAJLIS PERASMIAN KAUL TAEWON-DO CHAMPIONSHIP 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 124
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 28 APRIL 2025 – Majlis Perasmian Kaul Taekwon-Do Championship 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Tuan Royston bin Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.57 Tellian pada 26 April 2025 di Dewan Tertutup SJKC Chong Boon, Mukah. Pejabat turut dijemput hadir ke majlis tersebut dan dihadiri Encik Mohammad Arbi Rosli, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Taekwon-Do Tunas bermula pada 25-27 April 2025 dan merupakan salah satu daripada aktiviti yang turut memeriahkan Pesta Kaul Mukah 2025. Pelbagai negeri juga turut serta dalam kejohanan tersebut antaranya Wilayah Persekutuan, Perak, Kelantan, Sabah, Johor, Selangor,Perak dan Sarawak. Majlis tersebut turut dihadiri Yang Berbahagia Grandmaster Dato’ Ts Amir bin Md Noor.