- JBS Sarawak
- Hits: 70
SAMBUTAN RAMAH TAMAH AIDILFITRI ERATKAN UKHWAH ANTARA AGENSI DI MIRI
- JBS Sarawak
- Hits: 70
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 28 APRIL 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Miri telah menghadiri dua majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang berlangsung di Miri pada 25 dan 26 April 2025.
Pada 25 April, PBSB Miri yang diwakili oleh Puan Stephanie Wendy, Unit Pembangunan Belia dan Cik Amy Noryanti, Unit Pembangunan Rakan Muda telah menghadiri majlis ramah tamah anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Bahagian Miri bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Islam Miri.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Galong Anak Luang, Residen Bahagian Miri, dan diteruskan dengan amanat daripada Yang Berbahagia Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Bin Haji Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan). Turut berlangsung ialah acara simbolik perasmian sebagai tanda rasmi pembukaan majlis.
Sementara itu, pada 26 April, Puan Magdline, Unit Pembangunan Rakan Muda telah mewakili PBSB Miri dalam majlis ramah tamah anjuran Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Cawangan Miri. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Penasihat Dewan Muda DUBS Cawangan Miri.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jemputan yang diberikan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri