
- JBS Sarawak
- Hits: 132
MESYUARAT BERKALA JBSNS SUKU TAHUN KEDUA 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 132
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 21 APRIL 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan mesyuarat berkala jabatan untuk suku tahun kedua 2025 pada 15 hingga 16 April 2025. Mesyuarat ini melibatkan Ketua Bahagian di ibu pejabat serta Ketua Pejabat di setiap bahagian secara bersemuka.
Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan berkenaan hal ehwal pengurusan jabatan, laporan kewangan, aset alih kerajaan, keselamatan perlindungan jabatan dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
Laporan pelaksanaan program yang diadakan di setiap bahagian sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2025 telah dibentangkan oleh Ketua Pejabat. Manakala, Ketua Bahagian di ibu pejabat turut membentangkan perancangan program bagi bulan April hingga Disember 2025 kelak.
Mesyuarat berkala ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong