- JBS Sarawak
- Hits: 64
KEMERIAHAN SAMBUTAN MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK (KEBS)
- JBS Sarawak
- Hits: 64
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 22 APRIL 2025 – Bulan Syawal bertandang lagi dan sepanjang tempoh tersebut sambutan Aidilfitri akan terus diraikan bersama-sama ahli keluarga serta rakan taulan tanpa mengira latar belakang kaum serta agama sebagai tanda perpaduan dan saling menghormati di antara satu sama lain.
Sehubungan itu, Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KEBS) telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama-sama ahli kelab pada 16 April 2025 bertempat di Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KOMBES).
KEBS dengan kerjasama Bahagian Pengurusan, Belia, Sukan, Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching, Samarahan serta KOMBES telah menyediakan pelbagai juadah di setiap gerai yang disediakan. Tema penganjuran pada kali ini ialah ‘Raya Zaman Mensia’.
Selain penyediaan juadah raya, KEBS turut menganjurkan pertandingan Booth Terbaik, Busana Terbaik dan Persembahan Terbaik. Penjurian pertandingan telah dilaksanakan oleh Ketua Pejabat dari bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang.
Syabas dan tahniah kepada KEBS serta semua Bahagian yang terlibat dalam menjayakan majlis ramah tamah kali ini. Majlis telah disempurnakan secara rasmi oleh Yang Berusaha Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak merangkap Penasihat KEBS. Beliau amat berharap agar majlis sebegini dapat diteruskan di masa akan datang kerana ianya dapat mengukuhkan ukhuwah dan perpaduan sesama rakan setugas.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong