
- JBS Sarawak
- Hits: 132
SMK KAPIT DIPILIH SEBAGAI LOKASI SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 132
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak
KAPIT, 22 April 2025 – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit telah dipilih sebagai lokasi bagi pelaksanaan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Kapit yang dijadualkan berlangsung pada 15 Mei 2025. Sehubungan dengan itu, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama Encik Lanting Mala dari Unit Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit ke SMK Kapit.
Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh Tuan Jeffery Lias, Pengetua SMK Kapit bersama barisan pentadbir sekolah iaitu Encik Suliman Paulus (Penolong Kanan Kokurikulum), Encik Joseph Aji (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Encik Henry Wong (Penolong Kanan Pentadbiran), dan Puan Qistina Amirah binti Noahari selaku Guru Penyelaras Kelab dan Persatuan.
Tujuan utama kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan perancangan serta pelaksanaan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Kapit Tahun 2025 yang akan menampilkan lima jenis aktiviti berdasarkan segmen-segmen utama sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini.
Diharapkan melalui kunjungan hormat ini, hubungan kerjasama yang erat antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dan pihak sekolah akan terus diperkukuh, khususnya dalam menjayakan program-program pembangunan belia, sukan dan Rakan Muda pada masa akan datang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI