
- JBS Sarawak
- Hits: 93
TYT SARAWAK HADIR KE MAJLIS KEMAN KAUL MUKAH 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 93
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 28 APRIL 2025 – Majlis Keman Kaul Mukah 2025 telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr.Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd.Sanusi pada 27 April 2025 di Tapak Pesta Kaul Kala Dana Mukah. Pejabat Belia dan Sukan turut dijemput hadir ke majlis tersebut yang dihadiri Encik Mohammad Arbi Rosli , mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Hadir sama mengiringi Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr.Jahi Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd.Sanusi ialah Yang Berhormat Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, merangkap Penaung II Jawatan Kuasa Induk Kaul Mukah 2025. Turut hadir tetamu kehormat yang lain YB Dato Sri John Sikie Tayai, YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Datuk Dr.Abdul Rahman Junaidi, YB Royston Valentine, YB Tuan Haji Ahmad Johnie Zawawi dan YBhg.Datu Kueh Lei Poh, Residen Mukah. Majlis turut diserikan dengan Perarakan Kebudayaan Kaul Mukah 2025 serta lawatan tetamu kehormat ke Gerai Komuniti.