
- JBS Sarawak
- Hits: 82
PROGRAM GERAK KERJA PERSEDIAAN PERALIHAN MEDIUM ROAMING + ONE TIME PASSWORD (OTP) iGFMAS DAN ePEROLEHAN FASA 1B
- JBS Sarawak
- Hits: 82
Disediakan Oleh : NAS, JBSN Sarawak
SARIKEI, 14 April 2025 : Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sarikei telah mengadakan satu Program Gerak Kerja Persediaan Peralihan Medium Roaming + One Time Password (OTP) iGFMAS dan Eperolehan Fasa 1B bertempat di Bilik Latihan JANM Cawangan Sarikei yang turut dihadiri Encik Nyawin Anak Sirai. Program ini adalah terdiri daripada taklimat pengenalan, permohonan, semakan dan pengesahan capaian pengguna ke aplikasi MyGPKI yang merupakan medium untuk Roaming dan One Time Password (OTP).
Roaming OTP adalah web service yang menyediakan fungsi tandatangan digital kepada Pengguna MyGPKI dengan menggunakan Sijil Digital yang disimpan di pelayan dan dilindungi oleh Hardware Security Module (HSM). Aplikasi ini dapat menyokong pelbagai platform, menjimatkan kos dan masa dan pengguna boleh membuat perakuan bila – bila masa dan di mana jua tanpa memerlukan token.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI