- JBS Sarawak
- Hits: 83
PBSB KAPIT TURUT SUMBANG IDEA DALAM MESYUARAT PENGURUSAN JBSN SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 83
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KUCHING, 22 APRIL 2025 - Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Kaminis telah menghadiri Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Bil. 2/2025 yang berlangsung pada 16 April 2025 yang lalu di Bilik Mesyuarat Santubong, JBS Negeri Sarawak. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah JBSN Sarawak, bertujuan membincangkan hala tuju, perancangan strategik serta laporan pelaksanaan program belia di seluruh Sarawak.
Setiap wakil dari cawangan dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) telah membentangkan perkembangan semasa, cabaran dan cadangan penambahbaikan berkaitan program yang sedang dan bakal dilaksanakan. Penyertaan aktif daripada PBSB Kapit menunjukkan komitmen berterusan dalam memastikan pembangunan belia di Bahagian Kapit turut mendapat perhatian selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI