
- JBS Sarawak
- Hits: 77
BULAT AIR KERANA PEMBETUNG BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT
- JBS Sarawak
- Hits: 77
BULAT AIR KERANA PEMBETUNG BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 21 APRIL 2025 – Pegawai dan kakitangan PBSB Kuching turut hadir ke perhimpunan bulanan JBSN Sarawak yang telah diadakan pada 15 April 2025 bertempat di auditorium Kompleks Belia dan Sukan Sarawak (KOMBES). Perhimpunan ini diadakan secara hybrid (fizikal dan atas talian) yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan JBSN Sarawak yang berada di bahagian-bahagian.
Tujuan diadakan perhimpunan bulanan adalah untuk mendengar ucapan, pemakluman dan informasi daripada pihak pengurusan tertinggi berhubung hasrat dan harapan serta perancangan hala tuju Jabatan. Intipati daripada amanat Tuan Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak antara lain nya menyebut tentang sikap amanah dan keseronokan dalam bekerja. Beliau turut menggalakkan semua untuk berkerja dengan penuh rasa tanggungjawab, berintegriti serta menjaga nama baik organisasi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching