
- JBS Sarawak
- Hits: 51
PERASMIAN PERLAWANAN AKHIR PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW TERBUKA SIBU JAYA 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 51
Disediakan oleh: Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 20 APRIL 2025 – Kelab Sepak Takraw Sibu Jaya (KESIJA) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Sibu Jaya yang mendapat sambutan yang sangat baik dengan peyertaan sebanyak 48 pasukan . Pertandingan ini mendapat sambutan dari pasukan luar Sibu yang terdiri dari Mukah, Kapit, Bintagor, Miri dan Kuching.
Dalam majlis penutup tersebut, ucapan aluan yang penuh bersemangat telah disampaikan oleh Encik Hassan bin Abdul Hamid selaku Presiden Sepak Takraw Sibu Jaya. Manakala majlis penyampaian hadiah kepada pemain-pemain telah disempurnakan oleh Puan Morni binti Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Turut hadir Encik Terence Tan, Pegawai Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu yang memantau sepanjang perlawanan ini berlangsung. Diharapkan kelab-kelab sukan yang aktif melaksanakan program ini akan menjadi pemangkin kepada kelab-kelab yang lain untuk turut aktif pada masa akan datang. Pihak pejabat mengucapkan tahniah kepada Kelab Sepak Takraw Sibu Jaya (KESIJA) dan Jawatankuasa atas kejayaan melaksanakan program dengan jayanya.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNkomited
#MalaysiaMadani
#MADANISihat