- JBS Sarawak
- Hits: 59
PERHIMPUNAN BULANAN JBSN SARAWAK BIL 2/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 17 APRIL 2025 – Perhimpunan bulanan Jabatan Belia Negeri Sarawak Bilangan 2/2025 telah berlangsung secara bersemuka di peringkat jabatan manakala di bahagian pula menggunakan patform google meet yang telah diadakan pada selasa lepas.
Dalam perhimpunan tersebut, Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua kakitangan JBSN salah satunya menekankan etika kerja sebagai penjawat awam, amalan gaya hidup sihat dan turut mengucapkan selamat hari raya kepada kakitangan yang meraihnya serta hal-hal lain.
Pengisian perhimpunan tersebut turut mengadakan sambutan hari kelahiran pekerja bermula bulan Januari sehingga Mac 2025 serta majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan Januari sehingga Mac 2025. Pihak pejabat mengucapkan tahniah kepada semua yang telah terpilih mendapat Anugerah Terbaik Bulanan dan tidak lupa tahniah diucapkan Kepada puan Nur Zulaikha Binti Ismail atas Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi Mac tahun 2025.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama