- JBS Sarawak
- Hits: 75
SESI KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN BETONG KEPADA RESIDEN BAHAGIAN BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 75
Disediakan oleh : JT, JBSN Sarawak
Betong, 24 APRIL 2025 – Satu sesi kunjungan hormat Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong yang diwakili oleh Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah kepada Tuan Richard Michael Abunawas, Residen Bahagian Betong telah diadakan pada 14 April 2025 bertempat di Pejabat Residen Bahagian Betong.
Sesi kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk menerangkan tentang perancangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025 yang akan diadakan dan juga mendapatkan pandangan serta nasihat daripada Tuan Residen mengenai pengisian semasa majlis perundingan itu nanti. Pihak pejabat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Residen kerana sudi meluangkan masa dan memberi buah fikiran semasa kunjungan tersebut.