LAWATAN TAPAK KEM PEMANTAPAN JATI DIRI BELIA 2025

LAWATAN TAPAK KEM PEMANTAPAN JATI DIRI BELIA 2025

Disediakan Oleh : MJA, JBSN Sarawak

BINTANGOR, 24 April 2025 : Jawatankuasa Menangani Isu Dadah dan Substan (MIDS) di bawah Pejabat Daerah Sarikei telah memohon kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei sebagai rakan strategik untuk merangka dan melaksanakan Kem Pemantapan Jati Diri Belia peringkat daerah Sarikei. Encik Mohd. Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah diberi kepercayaan untuk membuat kertas kerja dan menggubal modul pelaksanaan tersebut.
Bagi memberi gambaran jelas berkenaan kawasan aktiviti yang dipilih, satu lawatan tapak ke Pusat Latihan Ko-Kurikulum (PULAKO), Institut Pendidikan Guru Kampus Rejang telah diadakan untuk mengenalpasti kesesuaian tempat dan fasiliti di PULAKO, IPGK Rajang.Hadir bersama dalam lawatan ini ialah Tuan Shahmen bin Abdullah, Setiausaha MIDS Daerah Sarikei bersama pihak pengurusan PULAKO, IPGK Rajang. Terima kasih kepada semua yang bekerjasama menjayakan lawatan ini.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search