- JBS Sarawak
- Hits: 72
PBSB MIRI TURUT SERTA RAIKAN CAR-FREE DAY MIRI 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 72
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 5 MEI 2025 – Suasana ceria dan penuh semangat dapat dirasai di sekitar Dewan Bandaraya Miri apabila Program Miri City Car-Free Day 2025 berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang hadir untuk bersama-sama menjayakan inisiatif bandar tanpa kenderaan bermotor. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri juga turut mengambil peluang untuk menyertai dan memeriahkan program ini.
Program ini merupakan anjuran Seksyen Pembangunan Lestari (SDG), Majlis Bandaraya Miri dan telah berlangsung pada 3 Mei 2025 bertempat di Dewan Bandaraya Miri. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Miri, Adam Yii. Pelaksanaannya bertujuan memupuk kesedaran awam tentang kepentingan kelestarian alam sekitar serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal dan komuniti.
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program termasuklah Zumba, Fun Ride, Fun Walk, Pickleball, Saringan Kesihatan, Memanah Tradisional, Senaman Thai Chi, dan demonstrasi Taekwondo.
Selain itu, terdapat juga pameran yang melibatkan pelbagai agensi di bawah Majlis Bandaraya Miri, agensi kerajaan, serta badan-badan sukan, yang mempamerkan pelbagai inisiatif kesihatan, sukan dan kelestarian alam sekitar.
Penganjuran program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menyatukan masyarakat setempat sambil memperkukuh usaha bersama ke arah menjadikan Miri sebuah bandar yang lebih sihat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri