
- JBS Sarawak
- Hits: 42
PBSB LIMBANG HADIRI RAMAH TAMAH BAGI MENGERATKAN LAGI JALINAN KASIH PELBAGAI PIHAK
- JBS Sarawak
- Hits: 42
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 APRIL 2025 – “Syawal diraikan, Persahabatan diutamakan” Warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang menyantuni Ramah Tamah Aidil Fitri di kediaman Tuan Walikota Limbang, Kr Sufian Bin Mohat di Kampung Sayung Limbang.
Majlis diserikan dengan kehadiran jemputan yang mewakili agensi, kelab serta Jabatan di Bahagian Limbang. Warga PBSB Limbang juga turut mengambil peluang bertegur sapa serta bertanya khabar antara satu sama lain.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Walikota menjemput PBSB Limbang dalam majlis ramah tamah tersebut. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan di kalangan pelbagai pihak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang