
- JBS Sarawak
- Hits: 73
WARGA PBSB LIMBANG HADIRI RAMAH TAMAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ZON 7 LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 73
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 APRIL 2025 – “Syawal diraikan, Persahabatan diutamakan” Warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang menyantuni Ramah Tamah Aidil Fitri di Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 7 Limbang. Majlis diserikan dengan kehadiran jemputan yang mewakili agensi, Sukarelawan serta Jabatan di Bahagian Limbang. Warga PBSB Limbang juga turut mengambil peluang bertegur sapa serta bertanya khabar antara satu sama lain.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Bomba kerana telah menjemput PBSB Limbang dalam majlis ramah tamah tersebut. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan di kalangan pelbagai pihak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang