
- JBS Sarawak
- Hits: 56
PBSB LIMBANG HADIRI PEMBUKAAN KEDAI SATU SELERA LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 56
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 APRIL 2025 – “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh” Warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang menyantuni pembukaan kedai baru Satu Selera Limbang di Bandar Limbang.
Majlis diserikan dengan kehadiran jemputan yang mewakili pelbagai kaum,agensi, serta Jabatan di Bahagian Limbang. Warga PBSB Limbang juga turut mengambil peluang bertegur sapa serta bertanya khabar antara satu sama lain.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Tan Poi Ling menjemput PBSB Limbang dalam majlis Kesyukuran tersebut. Semoga terus Berjaya diucapkan dan semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan di kalangan pelbagai pihak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang