- JBS Sarawak
- Hits: 113
KERJASAMA YANG UTUH KUNCI KESEPAKATAN DALAM MENJAYAKAN PROGRAM DI BAHAGIAN LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 113
Disediakan oleh: Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 APRIL 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang telah mengadakan satu kunjungan Kasih terhadap rakan strategik dan penaja pada minggu lalu yang melibatkan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang dan DKC limbang. Kunjungan dan penghargaan ini adalah bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan strategic dan penaja kerana sentiasa bersama PBSB Limbang dalam menjayakan Program sepanjang tahun 2024/2025 serta merialisasikan pelaksanaan program di Bahagian Limbang.
Semoga dengan kerjasama utuh dari semua pihak dapat dijadikan platform untuk melahirkan belia yang mencintai Agama, Bangsa dan Negara.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
