
- JBS Sarawak
- Hits: 53
WARGA PBSB LIMBANG HADIRI RAMAH TAMAH SMK AGAMA LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 APRIL 2025 – “Syawal diraikan, Persahabatan diutamakan” Warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang menyantuni Ramah Tamah Aidil Fitri di Sekolah Menengan Agama Limbang. Majlis diserikan dengan kehadiran jemputan yang mewakili agensi, Sekolah serta Jabatan di Bahagian Limbang. Warga PBSB Limbang juga turut mengambil peluang bertegur sapa serta bertanya khabar antara satu sama lain.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Sekolah kerana telah menjemput PBSB Limbang dalam majlis ramah tamah tersebut. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan di kalangan pelbagai pihak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang