
- JBS Sarawak
- Hits: 99
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM LIGA SUKAN KOMUNITI MUKAH 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 99
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 8 MEI 2025 – Mesyuarat Penyelarasan Program Liga Sukan Komuniti Mukah 2025 telah diadakan pada 6 Mei 2025 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah yang turut dihadiri wakil dari kelab dan persatuan yang terlibat. Hadir sama mesyuarat Encik Mohammad Arbi Rosli, Pegawai Unit Pembangunan Sukan dan Puan Noorlina Mirais, Pegawai Unit Pembangunan Belia.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah penentuan tarikh dan tempat program, jumlah penyertaan pasukan, pembahagian tugas, pembentangan anggaran perbelanjaan serta keperluan program. Liga Sukan Komuniti Mukah 2024 menyaksikan 3 jenis sukan yang bakal dipertanding masing memperuntukan hadiah wang tunai bagi Johan RM 300.00, Naib Johan RM 200.00 dan Tempat Ketiga Bersama RM 100.00. Pasukan Johan dan Naib Johan bagi setiap jenis sukan bakal menyertai pertandingan seterusnya ke Liga Sukan Peringkat Sarawak 2024 yang akan diadakan pada 19-20 Julai 2025.