PEMERIKSAAN ASET ICT PBSB MIRI UNTUK PELUPUSAN

PEMERIKSAAN ASET ICT PBSB MIRI UNTUK PELUPUSAN

Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak

MIRI, 8 MEI 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menjemput dua orang pegawai dari Institut Latihan Perindustrian Miri (ILP) iaitu Encik Saharezuan bin Sukimi  dan Puan Nellie binti Lim untuk  melakukan pemeriksaan aset untuk pelupusan ke atas peralatan ICT.

Tujuan pemeriksaan aset untuk pelupusan adalah untuk memastikan bahawa aset yang dicadangkan untuk dilupuskan adalah tidak lagi sesuai digunakan, tidak ekonomik untuk dibaiki, atau telah mencapai akhir jangka hayatnya, termasuk menilai keadaan fizikal aset, mengesahkan status penggunaan sama ada aset tersebut tidak lagi digunakan atau tidak diperlukan oleh jabatan dan menentukan nilai sisa/nilai pasaran atau hanya sesuai untuk dilupuskan. PBSB Miri mengucapkan terima kasih kepada pihak ILP Miri di atas kesudian untuk melaksanakan pemeriksaan aset ICT untuk dilupus.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search