PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM LIGA SUKAN KOMUNITI 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SIBU

PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM LIGA SUKAN KOMUNITI 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SIBU

SIBU, 8 MEI 2025 - Perbincangan pelaksanaan aktiviti program Liga Sukan Komuniti (LSK) Tahun 2025 Peringkat Bahagian Sibu telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sibu. Program ini merangkumi 3 jenis sukan iaitu Ping Pong Berpasukan, Sepak Takraw Bergu Lelaki dan Bola Jaring akan dilaksanakan pada 14 Jun 2025 hingga 15 Jun 2025 di tiga venue yang berasingan iaitu Dewan Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu, Dewan Sepak Takraw Kampung Bandong dan Gelanggang SMK Tiong Hin. Matlamat utama pelaksanaan program Liga Sukan Komuniti ini ialah melatih, menggalakkan dan meningkatkan keharmonian dan perpaduan di komuniti setempat dengan membudayakan sukan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kehadiran jemputan dari NGO's iaitu Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu, Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sibu dan Persatuan Bola Jaring Bahagian Sibu sebagai pegawai teknikal untuk setiap jenis sukan yang telah ditetapkan.Turut bersama dalam mesyuarat ini ialah Encik Terence Tan, Pembantu Pegawai Unit Pembangunan Sukan.Pihak pejabat berharap agar pengiat sukan di sekitar Bahagian Sibu dapat mengambil peluang untuk menunjukkan bakat dalam sukan yang tersenarai.

#LSK2025
#LSKSIBU

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search