- JBS Sarawak
- Hits: 132
LAWATAN TAPAK KEJOHANAN MEMANAH REMAJA SARAWAK SIRI 1/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 132
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 22 MEI 2025 – Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan Encik Roger Danny, pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri telah mengadakan lawatan tapak Kejohanan Memanah Remaja Sarawak Siri 1/2025 bersama Encik Louis Simon Peter, Setiausaha Persatuan Memanah Negeri Sarawak (PEMASA) di Stadium Miri, sebentar tadi.
Lawatan tapak ini bertujuan bagi mengenalpasti venue pertandingan dan susun atur majlis perasmian dan kejohanan agar ianya berjalan dengan lancar. PEMASA menerima Geran Padanan Sukan (GPS) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk penganjuran Kejohanan Memanah Remaja Sarawak Siri 1/2025. Encik Alan Ling Sie Kiong, Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara akan hadir mewakili Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk menyampaikan replika cek geran pada Sabtu ini.
