
- JBS Sarawak
- Hits: 55
SESI PERBINCANGAN PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 22 MEI 2025 – Sesi perbincangan Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Miri 2025 telah diadakan di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri pada 16 dan 19 Mei 2025. Perbincangan tersebut telah dihadiri Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan Encik Roger Danny selaku pegawai penyelaras program bersama pihak teknikal bagi acara olahraga, dart, petanque dan memanah.
Antara perkara yang dibincangkan ialah kaedah pelaksanaan, implikasi kewangan dan tarikh program tersebut yang bersesuaian untuk dilaksanakan. Program 1000 Liga merupakan program sukan individu berbentuk pertandingan dan terbuka kepada semua peringkat komuniti setempat bertujuan memupuk minat serta menarik penyertaan ramai ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan.