- JBS Sarawak
- Hits: 64
Perbincangan Pelaksanaan Pertandingan Kawad Kaki Sempena Program Fiesta Rakan Muda Bahagian Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 64
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 28 Mei 2025 – Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri bersama Pejabat Pendidikan Daerah Miri bagi membincangkan pelaksanaan Pertandingan Kawad Kaki, salah satu acara utama sempena Program Fiesta Rakan Muda Bahagian Miri yang akan datang.
Pelaksanaan pertandingan ini akan diselaraskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah, termasuk dari segi pemilihan juri dan aspek teknikal pertandingan. Sementara itu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri akan bertanggungjawab dalam penyediaan hadiah dan pengelolaan keseluruhan pertandingan.
Selain pertandingan kawad kaki, turut dirancang ialah Pertandingan Doodle Arts dan Inovasi Kitar Semula, yang terbuka kepada semua belia berumur antara 13 hingga 30 tahun. Pertandingan ini bukan sahaja membuka peluang kepada belia untuk mengekspresikan bakat dan kreativiti, malah menggalakkan penerapan nilai-nilai murni dan intelektual berdasarkan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
Program seumpama ini amat signifikan dalam usaha memperkasa belia serta memberi ruang kepada mereka untuk mengasah kebolehan, membina keyakinan diri dan menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat secara aktif dan positif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri