
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Kelab Belia Jalan Tanjung Kidurong Juara Kategori Pertubuhan Belia Apbn 2025 Peringkat Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 26 MEI 2025 – TAHNIAH! Kelab Belia Tanjung Kidurong telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori pertubuhan belia dalam Anugerah Perdana Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Sarawak pada 17 Mei 2025 bertempat di Serian Conference Centre.
Anugerah perdana belia negara merupakan satu pengiktirafan tertinggi negara kepada individu dan pertubuhan belia yang memberi sumbangan signifikan dalam pembangunan belia di malaysia.
Setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Tanjung Kidurong di atas anugerah tersebut. Semoga lebih ramai lagi belia diluar sana mencontohi dan mewarisi kegiatan aktif dalam memberikan sumbangan kepada negara kerana belia hari ini adalah pemimpin masa hadapan, justeru mereka perlu digilap dan diperkasa agar mampu membawa perubahan positif dalam masyarakat dan negara.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama