
- JBS Sarawak
- Hits: 60
Kolej Vokasional Sedia Berkolaborasi Dalam Program Semarak HBN 2025 Peringkat Bahagian Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 60
Disediakan Oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 26 MEI 2025 – Pada 05 Mei 2025 satu perbincangan telah diadakan bersama Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Bintulu bersama pihak pejabat. Perbincangan tersebut telah diketuai oleh Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu bertempat di Kolej Vokasional Bintulu.
Program Sambutan Semarak Hari Belia Negara 2025 kali ini sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana tahun ini sambutan semarak hanya dibuat di Bintulu sahaja berbanding sebelumnya yang akan diadakan di setiap daerah dalam Bintulu.
Program semarak HBN adalah bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan daripada kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembanguan negara serta menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama