Sesi Perbincangan Bersama Kelab Belia Taman Muhibbah

Sesi Perbincangan Bersama Kelab Belia Taman Muhibbah

11 Jun 2025, SIBU — Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama Kelab Belia Taman Muhibbah bagi merangka pelaksanaan tiga program utama yang bakal berlangsung sepanjang bulan Julai ini. Sesi ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama belia tempatan dalam pelaksanaan program pembangunan komuniti yang bersifat keusahawanan, kesenian dan kesukarelawanan. Dalam sesi yang berlangsung penuh semangat itu, ketiga-tiga program yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan adalah:

1. Program Rakan Niaga: Pop Up Market
Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan semangat keusahawanan dalam kalangan belia setempat melalui penganjuran pasar niaga terbuka. Ia memberi peluang kepada usahawan muda mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka dalam suasana santai dan mesra komuniti.

2. Program Rakan Muzik: Clash of Buskers
Program ini memberi platform kepada bakat muzik jalanan untuk menyerlahkan kreativiti mereka dalam satu pertandingan muzik terbuka. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat kesenian, menghargai budaya muzik tempatan dan mendekatkan generasi muda dengan aktiviti sihat.

3. Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia
Sebuah program kesukarelawanan berskala komuniti yang akan menggerakkan belia sebagai sukarelawan dalam pelbagai aktiviti khidmat masyarakat seperti bantuan kebajikan, gotong-royong dan pendidikan kesedaran sivik.

Ketiga-tiga program ini dijangka melibatkan penyertaan aktif belia dari pelbagai latar belakang, serta mendapat sokongan daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pembangunan belia dan komuniti.
Penganjuran program ini bukan sahaja dapat menyemarakkan semangat belia untuk terus aktif, tetapi juga memperkukuh jalinan silaturahim dalam komuniti serta mencorak pembangunan sosial yang inklusif dan progresif. Kelab Belia Taman Muhibbah mengalu-alukan penyertaan dan sokongan daripada seluruh masyarakat bagi menjayakan program yang dirancang.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#PBSBSIBU
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search