
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Joegers Johan Acara Bola Jaring Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Miri 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 16 JUN 2025 – Joegers tampil johan selepas menewaskan pasukan Tigoss di perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Miri yang telah diadakan pada 14 Jun 2025 di Kelab Rekreasi Petroliam, Miri. Joegers membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.00 beserta medal, manakala naib johan pasukan Tigoss menerima RM200.00 tunai beserta medal. Pasukan Netburners dan Optima mendapat tempat ketiga bersama dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100.00 beserta medal. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan disaksikan oleh Puan Lily Teo, Setiausaha Kelab Bola Jaring Subis selaku rakan kerjasama dan jawatankuasa teknikal bagi kejohanan pada kali ini.
Sebanyak 13 buah pasukan telah menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan LSK Bahagian Miri 2025 telah dirasmikan oleh Encik Alan Ling Sie Kong, ahli lembaga Majlis Sukan Negara Malaysia. Pejabat Belia Dan Sukan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri