
- JBS Sarawak
- Hits: 40
LIGA SUKAN KOMUNITI BOLA JARING (WANITA) TAHUN 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 14-15 Jun 2025 : Sambutan Liga Sukan Komuniti bagi sukan Bola Jaring (Wanita) Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2025 mendapat sambutan yang hangat di mana telah disertai oleh 16 pasukan wanita seluruh bahagian Sarikei. Pertandingan tersebut berlangsung selama 2 hari. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Puan Jamaika Marciano, Encik Abdul Rani bin Jemi dan Encik Zulfadhli Leonardo mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei bersama Puan Huong Ai Sui, Pengerusi Persatuan Bola Jaring Sarikei.
Johan telah dimenangi oleh KRT Sunny Springs, naib johan pula dimenangi oleh STSA Team dan tempat ketiga Young Thunder dan ketiga bersama dimenangi oleh KBJ A. Pemenang sekaligus akan mewakili Liga Sukan Komuniti Bola Jaring (Wanita) Peringkat Negeri Sarawak pada Julai 2025 nanti. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d