
- JBS Sarawak
- Hits: 34
MAZAKA JOHAN BAGI PERTANDINGAN PING PONG BERPASUKAN SEMPENA LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: T.T , JBSN Sarawak
SIBU, 14 JUN 2025 - Pertandingan Ping Pong bagi Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Bahagian Sibu telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan pasukan Mazaka menjuarai pertandingan tersebut dan secara langsung melayakkan pasukan itu mewakili Bahagian Sibu untuk ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan pada Julai 2025 nanti. Turut akan bersama pasukan itu ke peringkat negeri adalah Pasukan Hero yang telah menjadi naib johan pada pertandingan yang sama. Pertandingan ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu. Keputusan pertandingan LSK Ping Pong Berpasukan adalah seperti berikut:
Johan - Mazaka
Naib Johan - Hero
Ketiga bersama : Bukit Aup YeLaiXiang
Tahniah dan syabas kepada pemenang dan kesemua pasukan yang telah memeriahkan LSK Bahagian Sibu 2025. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI