
- JBS Sarawak
- Hits: 33
CARI TAMBANG A JOHAN BAGI PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW SEMPENA LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: TT, JBSN Sarawak
SIBU, 14 JUN 2025 - Pertandingan Sepak Takraw bagi Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Bahagian Sibu telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan pasukan Cari Tambang A menjuarai pertandingan tersebut dan secara langsung melayakkan pasukan itu mewakili Bahagian Sibu untuk ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan pada Julai 2025 nanti. Turut akan bersama pasukan itu ke peringkat negeri adalah Pasukan Cari Tambang B yang telah menjadi naib johan pada pertandingan yang sama. Pertandingan ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sibu. Keputusan pertandingan LSK Sepak Takraw (Bergu Lelaki) adalah seperti berikut:
Johan - Cari Tambang A
Naib Johan - Cari Tambang B
Ketiga bersama :Cari Tambang D Sibu Jaya Boys
Tahniah dan syabas kepada pemenang dan kesemua pasukan yang telah memeriahkan LSK Bahagian Sibu 2025. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI