- JBS Sarawak
- Hits: 67
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI SIRI 1 PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 67
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 25 Jun 2025 – Siri pertama Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Kapit telah berjaya dianjurkan pada 18 Jun yang lalu di Stadium Terbuka Kapit dengan penyertaan lebih 60 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan kerjasama Panda Athletic Club selaku rakan strategik yang bertujuan untuk usaha menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti kecergasan dan gaya hidup sihat.
Siri 1 ini merupakan pembuka tirai kepada keseluruhan 12 siri program yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga Oktober 2025. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua, termasuk golongan belia, dewasa, warga emas dan OKU.
Antara pengisian program termasuk aktiviti senamrobik, zumba, larian santai, dan berjalan kaki. Penganjuran siri seterusnya dijangka terus mendapat sambutan positif dalam kalangan penduduk setempat, selaras dengan objektif program untuk menjadikan Kapit sebagai komuniti yang aktif, sihat dan bersatu melalui aktiviti riadah secara berterusan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #pbsbkapit