- JBS Sarawak
- Hits: 96
PEGAWAI PBSB KAPIT HADIRI BENGKEL PROFESIONALISME KERJA BELIA SKM-PPT SIRI 6 TAHUN 2025 NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 96
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
SIBU, 24 Jun 2025 – Tiga orang pegawai iaitu Puan Olivia Kaminis, Encik Martin Sherman Minggu dan Encik Lanting Mala dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah terpilih menghadiri Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 6 Negeri Sarawak Tahun 2025 yang berlangsung pada 18 hingga 20 Jun yang lalu di Premier Hotel, Sibu.
Bengkel ini merupakan inisiatif anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) yang menghimpunkan lebih 40 orang pegawai belia dari seluruh bahagian di Sarawak bagi tujuan memperkasakan pengetahuan, kemahiran dan tahap profesionalisme dalam bidang kerja belia berdasarkan kerangka Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Sepanjang bengkel, para peserta telah didedahkan kepada kaedah penyediaan portfolio kerja, dokumentasi pengalaman, serta pemahaman terhadap standard kemahiran dalam sektor pembangunan belia. Bengkel ini juga memberi ruang perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antara pegawai dari pelbagai daerah dan bahagian.
Bengkel SKM-PPT Siri 6 ini merupakan kesinambungan daripada siri-siri terdahulu dan akan diteruskan dengan siri berikutnya yang dijadualkan pada bulan September kelak. Usaha ini selaras dengan hasrat memperkasa profesionalisme pegawai belia di seluruh negara.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #pbsbkapit