
- JBS Sarawak
- Hits: 197
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SARIKEI FESTIVAL 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 197
Disediakan Oleh : M.Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 24 Jun 2025 : Bahagian Sarikei amat sinonim dengan Pesta Nanas yang dianjurkan pada setiap tahun, walau bagaimana pun bermula pada tahun ini, Pesta Nanas telah dijenamakan semula dengan nama Sarikei Festival.
Pada hari ini, satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk penganjuran Sarikei Festival 2025 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, IAC Bahagian Sarikei. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Baidjuri bin Bidin, Timbalan Residen Bahagian Sarikei. Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah membentangkan perkembangan penganjuran Sebangkoi Rainforest Trail Run & Glamping 3.0 yang akan diadakan di Taman Rekreasi Sebangkoi pada 25-27 Julai 2025. Hadir bersama ialah Haji Abdul Rani bin Jemi, Cawangan Pembangunan Sukan, PBSB Sarikei dan Encik Abdul Rani bin Adi, Event Manager Duton Mountaineering Club.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d