- JBS Sarawak
- Hits: 98
PERBINCANGAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEMPENA FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 98
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak
KAPIT, 24 Jun 2025 – Satu sesi perbincangan berkenaan dengan pelaksanaan Pertandingan Kawad Kaki sempena Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Kapit pada 26 Julai depan telah diadakan antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit Bersama Pejabat Pendidikan Daerah Kapit yang diwakili oleh Encik Lanting Anak Jugam, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kapit (Sektor Pembangunan Murid) selaku wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kapit.
Pertandingan Kawad Kaki secara online akan diselaraskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kapit dimana PPD Kapit akan bertanggungjawab dari segi pemilihan juri dan dalam bidang teknikal. Sementara PBSB Kapit akan bertanggungjawab dari segi hadiah pertandingan.
Selain daripada Pertandingan Kawad Kaki, 3 aktiviti yang telah dirancang adalah Pertandingan Doodle Arts, Pertandingan Inovasi Kitar Semula dan juga Clash Of The Buskers yang terbuka kepada belia yang berumur 13 hingga 30 tahun. Fiesta Rakan Muda memberi peluang kepada para belia untuk mengekspresikan bakat dan kreativiti serta menerapkan nilai-nilai murni serta 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBKapit