- JBS Sarawak
- Hits: 93
PERBINCANGAN PROGRAM MOBILISASI SATRIA DAN POP-UP MARKET PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 93
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak
KAPIT, 24 Jun 2025 – Satu sesi perbincangan berkenaan dengan pelaksanaan Mobilisasi Satria dan Pop-Up Market Peringkat Bahagian Kapit telah diadakan antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit yang diwakili oleh Encik Suliman Paulus, Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Kapit dan Puan Qistina Amirah, Setiausaha Ko-Kurikulum SMK Kapit.
Perbincangan menjurus kepada aktiviti yang akan dilaksanakan untuk Mobilisasi Satria seperti gotong-royong bagi menggalakkan belia terlibat di dalam aktiviti kesukarelawanan dan Pop-Up Market bagi menggalakkan belia menceburi bidang keusahawanan. Kedua-dua aktiviti ini akan dilaksanakan pada 24 hingga 26 Jun 2025 bertempat di Stadium Terbuka Kapit.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBKapit