
- JBS Sarawak
- Hits: 58
SEPAK TAKRAW LIGA SUKAN KOMUNITI TAHUN 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 58
Disediakan Oleh : Zulfadhli Leonardo, JBSN Sarawak
Sarikei, 14 -15 Jun 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah bekerjasama dengan Kelab Sukan dan Rekreasi Kampung Selalang melaksanakan Program Liga Sukan Komuniti Sepak Takraw Tahun 2025 Bahagian Sarikei bertempat di Dewan Serbaguna / Sukan SSC Sarikei Sarikei. Sebanyak 16 pasukan telah ikut serta di seluruh bahagian Sarikei. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Zulfadhli Leonardo, Cawangan Pembangunan Rakan Muda PBSB Sarikei.
Johan telah dimenangi oleh Selalang Rangers, naib johan pula dimenangi oleh Cari Kantau dan ketiga bersama dimenangi oleh Wukong dan SSC Raha Junior. Pemenang sekaligus juga akan mewakili Liga Sukan Komuniti Sepak Takraw Peringkat Negeri Sarawak pada Julai 2025 nanti. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d