
- JBS Sarawak
- Hits: 44
PMU RIFTBORN JUARA BOLA JARING WANITA LIGA SUKAN KOMUNITI MUKAH 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh : Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 16 JUN 2025 – Liga Sukan Komuniti Bahagian Mukah 2025 Bola Jaring telah berlangsung pada 14 Jun 2025 di Kompleks Sukan Komuniti Mukah baru-baru ini menyaksikan sebanyak 9 pasukan telah terlibat. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah ini bertujuan meningkatkan penglibatan komuniti dalam sukan yang berkaitan selain memupuk perpaduan dalam kalangan komunti setempat.
Kejohanan tersebut menyaksikan pasukan PMU Riftborn telah menjuarai saingan di peringkat akhir menentang D’Gegar masing - masing merangkul hadiah wang tunai RM 300.00 dan RM 200.00 beserta pingat dan sijil penyertaan sekaligus pasukan johan dan naib johan akan mewakili bahagian Mukah ke peringkat Sarawak yang akan berlangsung pada 19-20 Julai 2025. Tempat ketiga bersama masing-masing telah dimenangi pasukan MK Shot dan Netvengers. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian. Hadir sama Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.