- JBS Sarawak
- Hits: 48
Sarawak AeroBig Day Bakal Temui Warga Miri – Ayuh Sertai!
- JBS Sarawak
- Hits: 48
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 16 Jun 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menerima kunjungan daripada BANTU Sarawak dalam usaha membincangkan penganjuran acara komuniti Sarawak AeroBig Day 2025 yang dijadualkan berlangsung pada September ini.
Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh Encik Roley Anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri. Selain perbincangan berkaitan perancangan acara, pihak BANTU Sarawak turut membentangkan pencapaian penganjuran Sarawak AeroBig Day yang terdahulu, iaitu pada tahun 2023 dan 2024 di Kuching, Sibu serta Miri.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri amat menyokong usaha ini, khususnya dalam meningkatkan penglibatan belia dalam program berimpak tinggi. Inisiatif seperti ini merupakan platform terbaik untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat.
Penyertaan bagi program ini kini telah dibuka. Orang ramai, khususnya warga Miri, dijemput untuk menyertai dan memeriahkan Sarawak AeroBig Day 2025!
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri