
- JBS Sarawak
- Hits: 64
TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI LIGA SUKAN KOMUNITI TAHUN 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 64
Disediakan Oleh : Abdul Rani Jemi, JBSN Sarawak
Sarikei, 13 Jun 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei bersama rakan strategik telah mengadakan sesi taklimat kejohanan dan cabut undi pasukan bagi acara pingpong, bola jaring dan sepak takraw sempena Liga Sukan Komuniti Tahun 2025 Peringkat Bahagian Sarikei.
Sesi tersebut dilaksanakan serentak yang dilaksanakan oleh Encik Abdul Rani Jemi, Cawangan Pembangunan Sukan PBSB Sarikei bersama pengerusi-pengerusi rakan strategik. Taklimat peraturan permainan dan cabutan undi dibincangkan bersama oleh pihak teknikal bagi ketiga acara. Pengurus dan wakil pasukan telah hadir untuk mendengar taklimat dan sesi cabut undi bagi menentukan kumpulan semasa kejohanan Liga Sukan Komuniti yang akan diadakan di Dewan dan Gelanggang SMK Tinggi dan Dewan Futsal SSC Sarikei pada 14-15 Jun 2025 nanti.
Johan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300, naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima RM200 dan RM100. Pasukan yang mendapat johan dan naib johan secara automatik akan mewakili Bahagian Sarikei ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Kuching pada bulan Julai 2025.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d