DMD BEGINNERS RAMPAS KEJUARAAN TAHUN LEPAS DARIPADA DONIC

DMD BEGINNERS RAMPAS KEJUARAAN TAHUN LEPAS DARIPADA DONIC

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 16 MEI 2025 - Pasukan DMD Beginners telah dinobatkan sebagai johan pingpong berpasukan campuran Liga Sukan Komuniti Bahagian Mukah 2025 setelah berjaya menewaskan pasukan Donic dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 14 Jun 2025 di Pusat Sukan, Politeknik Mukah. Keputusan rasmi tersebut mengesahkan DMD Beginners telah merampas kejuaraan Donic pada kejohanan yang sama pada tahun lepas. Tempat ketiga bersama masing-masing telah dimenangi pasukan Glory dan PMU Spin Pong. 

Perlawanan akhir kejohanan tersebut turut disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian dan beliau turut menyampaikan hadiah kemenangan kepada para pemenang. Hadir sama Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pasukan Johan, Naib Johan dan Ketiga Bersama masing-masing membawa hadiah wang tunai RM 300.00, RM 200.00 dan RM 100.00 beserta pingat. DMD Beginners dan Donic akan meneruskan saingan peringkat Sarawak pada 19-20 Julai 2025.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search