
- JBS Sarawak
- Hits: 41
Golden PP Dan Able Link Sports Wakil Miri Ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 41
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 16 JUN 2025 – Golden PP tampil johan selepas menewaskan pasukan Able Link Sports di perlawanan akhir Kejohanan Pingpong Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Miri yang telah diadakan pada 15 Jun 2025 di Able-Link Sports Recreational Centre. Golden PP membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.00 beserta medal, manakala naib johan pasukan Able Link Sports menerima RM200.00 tunai beserta medal. Kedua-dua pasukan ini akan mewakili Bahagian Miri ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2025 yang akan dilaksanakan di Kuching pada bulan Julai 2025.
Pasukan Kesan (B) dan Subis Miri mendapat tempat ketiga bersama dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100.00 beserta medal. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan disaksikan oleh Encik Robin Ling, Pengerusi Persatuan Pingpong Bahagian Miri selaku jawatankuasa teknikal acara ping pong bagi kejohanan pada kali ini. Sebanyak 8 buah pasukan telah menyertai kejohanan tersebut. Pejabat Belia Dan Sukan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri