
- JBS Sarawak
- Hits: 39
KEM BELIA @RAKAN PRIHATIN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 39
Disediakan oleh: Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU-24 Jun 2025 - Taklimat Kem Belia @Rakan Prihatin 2025 telah diadakan melalui aplikasi google meet (atas talian) bagi memberikan penerangan secara terperinci sebelum Kem Belia @Rakan Prihatain 2025 dilaksanakan. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Khairunnisa binti Khayun, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Sosial JBSNegara Objektif kem ini ialah meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga , agama, bangsa dan negara. Disamping itu juga pogram ini bertujuan untuk melahirkan belia yang berfikiran kritis , kreatif dan berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti. Taklimat ini telah dihadiri oleh Puan Morni binti Ibrahim, Encik Terence Tan dan Encik Muhammad Afif bin Ibrahim dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu
#PBSBSIBU
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#HarungiBersama