
- JBS Sarawak
- Hits: 29
DASHBOARD BELIA 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan oleh: Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU-24 Jun 2025 - Taklimat Dashboard 2025 telah diadakan melalui aplikasi google meet (atas talian) bagi memberikan penerangan terperinci berkaitan Dashboard Belia . Taklimat telah disampaikan oleh Encik Rizal bin Mohd Sham dan juga Puan Wan Suriani bte Wan Jamal. Sebelum ini sistem ini dikenali sebagai Sistem eMYind dan sekarang telah ditambahbaik dengan nama baharu iaitu Dashboard Belia . Fungsi Dashboad Belia ini sebagai sistem pemantauan program / aktiviti secara bersepadu . Manakala 10 kumpulan pelaksana boleh menggunakan sistem dan platform ini untuk mengakses program-program melalui Web Based ( dbbelia.gov.my) dan juga mobile Apps (PlayStore, Apps Store & Huawei Gallery). Pelaporan ini adalah pelaporan yang hanya melibatkan program profail yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Taklimat ini telah dihadiri oleh Pegawai dan semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
#PBSBSIBU
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#Dashboardbelia