- JBS Sarawak
- Hits: 100
PEMANTAUAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN DI SRI AMAN
- JBS Sarawak
- Hits: 100
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 21 Jun 2025 – Pegawai dari Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menjalankan pemantauan ke atas pelaksanaan Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian yang berlangsung di Bahagian Sri Aman.
Pegawai yang hadir bagi menjalankan pemantauan ialah Encik Dennis Dempi dan Encik Rawing Uking. Tujuan pemantauan ini adalah untuk memastikan kelancaran pelaksanaan kejohanan serta menilai keberkesanan penganjuran di peringkat akar umbi sejajar dengan objektif program dalam merakyatkan sukan dan memperkukuhkan semangat perpaduan dalam komuniti setempat.
Kejohanan yang berlangsung di gelanggang tertutup ini menyaksikan penglibatan aktif pasukan dari pelbagai kampung dan kawasan sekitar Sri Aman. Pelbagai acara sukan tradisional dan moden dipertandingkan, dengan tumpuan kepada penyertaan komuniti setempat tanpa mengira usia dan latar belakang.
Melalui pemantauan ini, pihak jabatan dapat mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki bagi penambahbaikan penganjuran di masa hadapan. Liga ini juga menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan sekaligus menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
