PEMENANG LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING

PEMENANG LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING

PEMENANG LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING,  24 JUN 2025 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Bahagian Kuching telah melabuhkan tirainya pada 15 Jun 2025 yang lalu.  Tiga acara telah dipertandingkan iaitu acara sepak takraw, bola jaring dan ping pong berpasukan.  Pasukan yang menjadi johan dan naib johan setiap acara akan mewakili Bahagian Kuching ke LSK Peringkat Negeri yang akan diadakan pada bulan 19 hingga 20 Julai 2025 nanti.

Ini adalah keputusan rasmi bagi setiap acara.  Extreme TTPC telah dinobatkan sebagai johan dan KPDBK Taming Sari selaku naib johan acara ping pong.  KPDK Fighter dan KPDBK Storm Force di tempat ketiga bersama.  Acara bola jaring menyaksikan PEP SSC selaku johan, Stormriders naib johan dan SUKOV dan Eagleback masing-masing di tempat ketiga bersama.  Pasukan VET 65 mengungguli acara sepak takraw mengalahkan pasukan Evavior di pertandingan akhir sepak takraw, manakala Pbsm A dan Lundu Sport Club (LSC) hanya berpuashati di tempat ketiga.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#MADANISihat
#RakanAktif

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search