MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KEJOHANAN TINJU BAKAT DAN REMAJA SIBU

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KEJOHANAN TINJU BAKAT DAN REMAJA SIBU

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025

Disediakan oleh : TT , JBSN SARAWAK

23 Jun 2025, Sibu - Persatuan Tinju Bahagian Sibu telah menganjurkan Kejohanan Tinju Bakat dan Remaja Sibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 bermula pada 23 Jun hingga 28 Jun 2025 bertempat di Dewan MUC Kampung Nangka, Sibu. Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Oscar Ling Chai Yew, Ahli Parlimen P. 212 Sibu, wakil Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan diiringi oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, wakil Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta Presiden Persatuan Tinju Bahagian Sibu, Encik Jemat@Majidi Bin Omar. Gimik perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Oscar Ling Chai Yew dengan simbolik penyerahan cek cura kepada Encik Jemat@Majidi Bin Omar, Presiden Tinju Bahagian Sibu. Perlawanan berlangsung sejurus selepas selesai majlis perasmian tersebut. Semoga pasukan yang terlibat akan terus berjuang untuk memperoleh kemenangan.

#gpskbs2025
#kbsmalaysia
#rakanmuda

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search