
- JBS Sarawak
- Hits: 97
LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA (LISOKU) PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025 MERIAH DENGAN SEMANGAT KESUKANAN
- JBS Sarawak
- Hits: 97
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 25 Mei 2025 – Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Peringkat Negeri Sarawak 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 24 dan 25 Mei, menghimpunkan seramai 180 peserta.
Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak dengan kerjasama Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Sarawak.
Acara selama dua hari itu bermula di Kompleks Sukan Satok pada 24 Mei dengan pertandingan Futsal dan Bola Tampar Duduk. Kedua-dua acara menyaksikan penyertaan daripada 4 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita. Johan bagi setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM900, Naib Johan RM600, manakala tempat Ketiga menerima RM375.
Pada 25 Mei, Megalanes Sarawak menjadi gelanggang untuk acara Tenpin Boling yang melibatkan 14 pasukan lelaki dan wanita. Kejohanan ini turut menawarkan hadiah wang tunai kepada para pemenang iaitu RM300 bagi Johan, RM200 untuk Naib Johan dan RM100 untuk tempat Ketiga.
LiSOKU bukan sahaja bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan orang kurang upaya (OKU), malah menjadi platform memperkasakan potensi mereka melalui sukan. Program ini turut mengukuhkan semangat inklusif dan mempereratkan silaturahim antara peserta dari pelbagai latar belakang.
Penganjur merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dan berharap LiSOKU akan terus menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan di Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama